Manaqib Al-Habib Umar Al-Muhdhor
Makam Al-Habib Umar Al-Muhdhor di Zanbal, Hadhramaut
Beliau
adalah anak lelaki Syeikh Abdurrahman As-Seggaf. Beliau seorang wali
besar yang mempunyai karamah luar biasa. Karamahnya banyak diceritakan
orang.
Beliau r. a. adalah putra Sayyidina
Alfaqihilmuqaddam Ats-Tsani Abdurrahman Assegaf bin Muhammad
Mauladawilah. Radhi Allahu anhum wanafa anabihi. Beliau seorang wali
besar dengan kekeramatan yang masya Allah. Diantara kekeramamatan beliau
r a ialah semua harta bendanya dibiarkan begitu saja tanpa dijaga
sedikitpun.
Anehnya siapa saja yang berani
mengganggunya pasti terkena bencana seketika itu juga. Sampaipun jika
ada seekor binatang yang berani mengganggu tanamannya tanpa
sepengetahuan beliau binatang itu akan mati seketika itu juga.
Sebahagian
dari karamah beliau ialah semua harta bendanya dibiarkan begitu saja
tanpa dijaga sedikitpun. Anehnya siapa saja yang berani mengganggunya
pasti terkena bencana seketika itu juga. Sampaipun jika ada seekor
binatang yang berani mengganggu tanamannya tanpa pengetahuan beliau,
binatang itu akan mati seketika itu juga.
Diriwayatkan
ada seekor burung gagak yang makan pohon kurmanya. Burung itu segera
dihalaukannya. Tidak lama kemudian, burung gagak itu pun kembali makan
pohon kurma beliau. Dengan izin Allah burung gagak itu tersungkur mati
seketika itu juga.
Sebahagian pelayan beliau
ada yang mengadukan tentang banyaknya kijang yang menyerang kebun beliau
dan tetangga beliau banyak yang mentertawakannya. Beliau menyuruh
pelayannya berseru untuk menyuruh semua kijang yang berada di kebun
beliau segera meninggalkan tempat menuju ke kebun tetangga beliau yang
mentertawakannya.
Dengan izin Allah
semua kijang itu menyingkir pindah ke kebun tetangga yang mentertawakan
beliau. Terkecuali hanya seekor kijang saja yang tidak mahu berpindah.
Dengan mudah kijang tersebut dipegang oleh beliau dan disembelih.
Salah
seorang pelayan beliau bercerita: "Ayah saudaraku mempunyai anak
perempuan yang cantik. Setiap kali dipinang orang anak perempuan itu
selalu menolak pinangannya. Aku mengadukan hal itu kepada Sayid Umar
Al-Muhdhor. Jawab beliau: "Anak perempuan ayah saudaramu itu tidak akan
berkahwin selain dengan engkau, dan engkau akan menapatkan seorang anak
lelaki daripadanya". Aku rasa apa yang dikatakan oleh Sayid Umar
Al-Muhdhor itu tidak mungkin akan terjadi pada diriku yang sefakir ini.
Dengan izin Allah aku pun dipinang oleh anak perempuan ayah saudaraku
itu. Aku kahwin dengan anak perempuan ayah saudaraku dan mendapatkan
seorang anak lelaki seperti yang dikatakan oleh Sayid Umar Al-Muhdhor".
Seorang
datang mengadu pada beliau: "Kalung isteriku dicuri". Sayid Umar
Al-Muhdhor berkata: "Katakan pada orang banyak di sekitarmu, siapa yang
merasa mengambil kalung itu hendaknya segera dikembalikan, kalau tidak
dalam waktu tiga hari ia akan mati dan kalung tersebut akan kamu temui
pada baju pencuri itu". Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut.
Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia
dapatkan orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Waktu diperiksa
ia dapatkan kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat
sebagaimana yang dikatakan oleh Sayid Umar.
Pernah
beliau memberi kepada kawannya segantang kurma yang ditempati dalam
keranjang. Setiap hari orang itu mengambilnya sekadar untuk memberi
makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga
dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian itu si isteri
tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Waktu ditimbang ternyata hanya
segantang saja seperti yang diberikan oleh Sayid Umar Al-Mudhor. Anehnya
setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja. Waktu
keluarga itu mengadukan kejadian itu pada Sayid Umar beliau hanya
menjawab: "Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai
setahun".
Doa beliau sangat mujarab, banyak
orang yang datang pada beliau untuk mohon doa. Ada seorang wanita yang
menderita sakit kepala yang berpanjangan. Banyak doktor dan tabib yang
dimintakan pertolongannya. Namun tidak satupun yang berhasil. Si wanita
itu menyuruh seorang untuk memberitahukan penderitaannya itu kepada
Sayid Umar Al-Muhdhor. Beliau berkunjung ke rumah wanita yang sakit
kepala itu dan mendoakan baginya agar diberi sembuh. Dengan izin Allah
wanita itu segera sembuh dari penyakitnya.
Ada
seorang lelaki yang mengadu pada beliau bahawa ia telah kehilangan wang
yang berada di dalam pundi-pundinya. Beliau berdoa kepada Allah mohon
agar wang lelaki itu dikembalikan. Dengan izin Allah pundi-pundi itu
dibawa kembali oleh seekor tikus yang menggondolnya.
Beliau
r a wafat dikota Tarim pada tahun 833 H dalam keadaan bersujud waktu
shalat dzuhur, dan dimakamkan di pekuburan Zanbal – Tarim Hadramaut.
Beliau r a mempunyai wakaf masjid yang besar dan megah dan dinamai
Masjid Umar Muhdhor, masjid tsb berdiri tetap berdiri tegak sampai saat ini.
Al-Imam al-Habib Umar Al Muhdhar bin Abdurrahman Assagqaf. Imam zamannya dalam ilmu, tokoh dalam tasawuf.
Terkenal
dengan kemurahan hatinya. Rumahnya tidak pernab sunyi dari para tamu
yang datang berkunjung baik untuk kepentingan agama maupun kepentingan
duniawi - Menjamin nafkah beberapa keluarga yang tak mampu dan
mendirikan tiga buah mesjid. Umar Al Muhdhar terkenal dengan doanya yang
amat mustajab. Wafat 833 H
Karamah beliau
banyak sekali sehingga sukar untuk disebutkan semua. Beliau wafat di
kota Tarim pada tahun 833 H dalam keadaan bersujud waktu bersolat Zohor.
Beliau dimakamkan di perkuburan Zanbal, Tarim, Hadhramaut, Yaman.
Komentar
Posting Komentar