Manaqib Al-Imam Ali Zainal Abidin bin Husain

Ali bin Husain (658-713) (Bahasa Arab: علي بن حسين زين العابدين). Ia anak dari Husain bin Ali dan cicit dari Rasulullah Baginda Nabi Muhammad SAW. Ia dikenal dengan julukan Zainal Abidin karena kemuliaan pribadi dan ketakwaannya dan as-Sajjad sebagai tanda "orang yang terus melakukan sujud dalam ibadahnya". Beliau juga dipanggil dengan nama Abu Muhammad, bahkan kadang ditambah dengan Abu al-Hasan
Kelahiran
Ali bin Husain dilahirkan di Madinah pada tahun 38 H/658-659 M menurut mayoritas riwayat yang ada, riwayat lainnya menyatakan ia dilahirkan pada tanggal 15 Jumadil Ula 36 H. Dua tahun tinggal bersama kakeknya, Ali bin Abi Thalib, 12 tahun tinggal bersama pamannya, al-Hasan, 23 tahun tinggal bersama ayahnya, al-Husain. Dia wafat di Madinah pada 95 H/713 M dalam usia 57 tahun, ada pula yang menyatakan wafat pada 25 Muharram 95 H. 34 tahun setelah kewafatan ayahnya. 34 tahun ia menjadi Imam dan dimakamkan di Pekuburan al-Baqi, Madinah sebelah pamannya, Imam al-Hasan.
Cicit Rasulullah SAW ini lahir di Madinah pada 33 H/613 M, sementara riwayat lain mengungkapkan ia lahir pada 38 H/618 M.
Ibunda
Ada beberapa riwayat yang menyatakan tentang siapa ibu dari Ali Zainal Abidin, antara lain:
Riwayat pertama menyatakan bahwa ibunya bernama Syahzanan putri dari Yazdigard bin Syahriyar bin Choesroe, kaisar terakhir Sasaniyah, Persia. Selain itu disebut juga ia bernama Syahrbanawaih. Khalifah Ali bin Abi Thalib mengangkat Huraits bin Jabir al-Hanafi untuk menangani urusan bagian provinsi-provinsi timur, Huraits memberikan kepada Ali dua putri Yazdigard bin Syahriyar bin Choesroe. Salah satu putri Yazdigard ini yang bernama Syahzanan diberikan Ali kepada putranya yang bernama al-Husain. Syahzanan kemudian memberikan anak lelaki kepada al-Husain. Anak lelaki ini bernama Zainal Abidin. Ali memberikan putri Yazdigard yang satunya lagi kepada Muhammad bin Abu Bakar, yang melahirkan seorang anak lelaki bernama al-Qasim.
Riwayat lainnya menyatakan bahwa ibundanya bernama Syahrbanu, putri Yazdigard, kaisar terakhir Sasaniyah, Persia. Oleh karena itu Ali Zainal Abidin dijuluki pula Ibn al-Khiyaratyn, yaitu anak dari dua yang terbaik, yaitu Quraisy diantara orang Arab dan Persia diantara orang non-Arab. Menurut riwayat itu ibunya dibawa ke Madinah sebagai tahanan pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab yang hendak menjualnya. Namun Ali bin Abi Thalib menyarankan sebaiknya Syahrbanu terlebih dahulu diberi pilihan untuk menjadi istri salah seorang Muslim, dan mas kawinnya diambil dari Baitul Mal. Khalifah Umar menyetujuinya, dan akhirnya Syahrbanu memilih putra Ali bin Abi Thalib yaitu Husain. Konon Syahrbanu wafat tak lama setelah melahirkan anak semata wayangnya ini.[1]
Sayyidina Ali bin Husain digelar Zainal Abidin kerana ibadahnya yang banyak. Beliau dilahirkan di Madinah Asy-Syarifah pada hari Khamis 15 Sya'ban 38 Hijrah, dua tahun sebelum Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. wafat. Manakala kunyahnya yang masyhur ialah Abu Hassan dan sebahagian ulama' menyatakan bahawa kunyahnya ialah Abu Muhammad, dikatakan dalam pendapat yang lain Abu Bakar dan yang paling masyhur ialah Zainal Abidin, Sayyidul Abidin, Az Zaki, Al Amin dan Zun Nafahat.
Beliau mempunyai kulit yang kehitam-hitaman, berbadan kurus dan rendah. Sultan yang memerintah pada zamannya ialah Marwan, Abdul Malik dan anaknya.
Bundanya dikenal bernama Salafah dan digelar dengan gelaran Syahin Zauan yang bermaksud Raja Perempuan. Ketika beliau dan ayahnya berada di Karbala, beliau ditimpa penyakit yang menyebabkan beliau hanya mampu terlantar di atas katil sahaja dan bukannya dibunuh sepertimana yang dikatakan. Ibnu Umar berkata: "Ini merupakan pandangan yang sohih".
Az Zuhri dan Ibnu Uyainah menyatakan: "Kami tidak mendapati di kalangan orang Quraisy yang lebih baik daripada Ali Zainal Abidin. Az Zuhri berkata: "Aku tidak melihat seorang yang lebih faqih melainkan Sayyidina Ali Zainal Abidin. Ibnu Musayyib berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang yang lebih wara' dari Sayyidina Ali Zainal Abidin.
Daripada Abi Hamzah menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Sayyidina Husain bersembahyang sehari semalam sebanyak 1000 rakaat. Ketika mengambil wudhu' untuk bersembahyang mukanya menjadi pucat. Sahabat bertanya: "Apakah yang terjadi kepada kamu ketika kamu berwudhu?' Maka beliau menjawab: "Adakah kamu tidak mengetahui siapa yang ingin aku hadapkan sekarang ini?"
Daripada Tawus berkata: "Suatu malam aku masuk ke dalam bilik dan kemudian Sayyidina Ali Zainal Abdidin r.a. masuk ke dalam bilik tersebut lalu bersembahyang begitu lama dan memanjangkan sujudnya. Melihat keadaannya saya berkata: "Seorang lelaki yang soleh daripada rumah kenabian, lalu aku meminta doa darinya dan aku mendengar beliau berkata (mengajarkan doanya):
Abduka bi finaaik, miskiinuka bi finaaik, faqiiruka bi finaaik, saailuka bi finaaik
(hamba ini berada di hadapan Mu Wahai Allah, si miskin dihadapan Mu, si fakir berada di hadapan Mu, si pengemis berada di hadapan Mu) 

Maka Tawus berkata: "Demi Allah! Tidaklah aku meminta dan berdoa (dengan menggunakan doa) daripada kesusahan melainkan Allah memudahkan urusan aku.

Kata Ibnu Aisyah: "Saya mendengar penduduk Madinah berkata: "Kami tidak kehilangan sedekah sirr (rahsia) melainkan selepas kewafatan Sayyidina Ali bin Husain r.a." Muhammad bin Ishak berkata: "Adakah penduduk Madinah yang miskin dapat menikmati kehidupan tetapi tidak dapat mengetahui punca dari mana datangnya makanan dan minuman mereka. Setelah kewafatan Sayyidina Ali bin Husain r.a., maka mereka kehilangan punca rezeki yang mereka dapati pada waktu malam di rumah mereka."

Semasa hayatnya, Ali Zainal Abidin memikul bungkusan roti di belakangnya pada waktu malam untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Ketika memandikan jenazah beliau, mereka mendapati terdapat kesan hitam di belakangnya. Mereka bertanya: "Tanda apakah ini?" Sahabat-sahabatnya menyatakan: "Ini adalah kesan beliau memikul bungkusan gandum pada waktu malam di belakangnya yang beliau agihkan kepada penduduk Madinah yang miskin." Setelah kewafatannya, didapati beliau telah menyedekahkan sebanyak 100 buah rumah.
Diriwayatkan ketika beliau sakit, datang sekumpulan sahabat Rasulullah SAW lalu berkata: "Bagaimana keadaan kamu wahai cucu Rasulullah SAW, tebusan kamu adalah diri kami". Maka Sayyidina Ali Zainal Abidin menjawab: "Saya berada di dalam afiat dan Allahlah tempat untuk dipuji. Bagaimana pula keadaan kamu semua?" Sahabat-sahabat Nabi menjawab: "Keadaan kami demi Allah, untuk kamu wahai anak Rasulullah SAW yang mengasihi dan menyayangi." Maka Imam Ali Zainal Abidin menyatakan kepada mereka: "Sesiapa yang kasih kepada kami kerana Allah, maka Allah akan menempatkan mereka di bawah naungan Illahi dan sesiapa yang mencintai kami kerana inginkan pemberian kami, maka Allah akan memberikannya di dalam syurga, dan sesiapa yang mencintai kami kerana dunia, maka Allah akan mencurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Beliau wafat akibat diracun oleh Al Walid bin Abdul Malik. Beliau dikebumikan di Baqi' iaitu tempat disemayamkan bapak saudaranya, Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau meninggalkan 15 orang anak iaitu 11 orang lelaki dan 4 orang perempuan.

Komentar

  1. Mohon maaf,
    Bolehkan Saya meminta rujukan atas tulisan ini, baik dari kitab, buku ataupun perkataan ulama, syukron katsir...

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

Manaqib Sayidah Fatimah az-Zahra al-Batul binti Muhammad SAW

Manaqib al-Habib Husein bin Muhammad bin Thohir Al - Haddad

al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Bilfaqih (Malang)